Zaman perang Barisan_Pertama_Ukraine

Pada 20 Oktober 1943, Barisan Voronezh telah dinamakan semula Barisan Pertama Ukraine (Bahasa Inggeris: 1st Ukrainian Front atau 1UF). Pertukaran nama ini mencerminkan kemajuan ke arah barat Tentera Merah dalam kempennya menentang Wehrmacht Jerman, meninggalkan Rusia di belakang dan bergerak ke dalam Ukraine. Barisan tersebut terlibat dalam mengendalikan pertempuran di Ukraine, Poland, Jerman, dan Czechoslovakia semasa tahun 1944 dan 1945.

Ketika tahun 1944, Barisan itu mengambil bahagian bersama-sama Barisan lain di dalam pertempuran Korsun-Shevchenkivskyy, dan pertempuran Kelompok Hube di Ukraine. Ia memimpin Penyerangan Lviv-Sandomierz, yang mana ia terdiri daripada Tentera Darat Pertama Kereta Kebal Pengawal Soviet, Tentera Darat Ke-3 Kereta Kebal Pengawal, Tentera Darat Ke-4 Kereta Kebal, Tentera Darat Ke-3 Pengawal, Tentera Darat Ke-5 Pengawal, Tentera Darat Ke-13, Tentera Darat Ke-38, dan Tentera Darat Ke-60. Ia kemudian mengambil bahagian dalam pertempuran untuk Ternopil'.

Pada tahun 1945 Barisan tersebut terlibat dalam Penyerangan Vistula–Oder, dan memimpin Silesia dan Operasi Prague, dan pengepungan Breslau. Ia juga terlibat dalam operasi Berlin di Jerman dan Poland. Barisan itu juga memimpin sebahagian besar Pengepungan Halbe, dimana kebanyakkan daripada Tentera Darat Ke-9 Jerman telah musnah di selatan Berlin. Pada ketika ini Tentera Darat Kedua Poland telah beroperasi sebagai sebahagian daripada 1UF. Akhirnya Barisan Pertama Ukraine menyediakan pertahanan terhadap serangan balas dari Armee Wenck yang bertujuan untuk menyelamatkan Berlin dan Tentera Darat Ke-9.

Barisan tersebut telah memenangi kesemua operasinya ke atas tentera lawan Wehrmacht. Penyerangan Prague merupakan pertempuran terakhir dalam Perang Dunia II di Eropah.

Selepas perang, markas Barisan telah membentuk Kumpulan Angkatan Bersenjata Tengah Tentera Merah di Austria dan Hungary, menjaga Tirai Besi.